buat apa dicerita

buat apa dicerita
cerita bahagia

Jumaat, 6 November 2015

AIN ...eps.05.

Selesai mengelap semua pinggan mangkuk yang bercuci.
Ain ke peti pula mencari-cari pembasah tekak penghilang kering gusi.
Datang umi.

“Menantu umi mana?”

“Kat atas kot, tadi perasan macam ke atas umi. Masuk bilik kot, rehat.” Jawab Ain sambil tersenyum.

Lembut saja tangan umi menarik bawa Ain duduk sebelahnya.
Renung penuh kasih umi terbentang nyata.
Sambil membelai-belai tangan Ain, umi sambung bicara.

“Ain, dah jadi isteri orang. Macamana Ain hormat abah dan umi, macam tu jugaklah Ain wajib hormat suami. Syurga Ain bukan lagi pada umi. Ingat, suami bukan kawan biasa-biasa lagi. Dia sahabat luar biasa yang boleh kurnia syurga pada kita.” Pesan umi lembut penuh sirat yang perlu aku semat.

Aku hanya membalas dengan senyuman dan elusan pada tangan.
Tanda yang aku mengerti faham apa sirat yang umi cuba sampaikan.

Hari ini hari nikahnya Ain dengan suami segera.
Dengan sahabat syurga yang dia percaya.
Majlis ringkas yang doa selamat cuma.
. . . . . . . . . . .
Sedikit mengetuk pada pintu.
Sekadar isyarat cuma yang dia mahu masuk.
Agar penghuni di dalam sedikit bersedia.
Walau dia tahu, mungkin cuma dia yang merasa kekok dengan perubahan status mereka.

Seperti diduga. Ternyata suaminya memang masih duduk bersandarkan kepala katil.
Sehelai t-shirt hitam pembalut tubuh dengan kain pelekat pada sebahagian lagi anggota.
Duduk berlunjurkan kaki sambil membaca buku Al-Fateh kegemaran Ain yang mungkin di ambil pada rak di tepi katil.

“Eh, ko da naik.” Pendek sapa lelaki yang suaminya kini.

“Aaa.. A’ah. Dah siap kerja kat dapur tu. Naiklah.” Jawabnya ringkas. Sedikit gugup.

“Ooooh. Emm Ain, sini jap. Aku ada benda nak cakap.” Panggil lelaki yang suaminya kini.

Bergerak hampir sedikit. Duduk pada birai katil sebaris dengan hujung kaki lelaki yang suaminya kini.
Membengkokkan kaki lalu bersila si suami.

“Aku harap kita masih kawan macam dulu. Kau janganlah kekok. Jangan segan ngan aku. Kau anggap je kita macam roommate. Eah? Jangan risau, aku takkan kacau privacy kau. Aku buat ni cuma nak tolong kau. Kau percayakan aku kan? Aku takkan apa-apakan kau. Kau jangan risaulah. Cuma, lepas ni, depan umi abah kau kenelah panggil aku ‘awak’ ke. Tapi belakang diorang, macam biasa je pun ok. Aku tak kisah. Kita kawan macam dulu je. Aku bukan apa, kalau aku tak jadi pak sanggup kau. Aku je yang tak sanggup tengok kau nangis guling-guling lambai kitorang kat airport nanti kalau kau tak dapat pergi. Hahahaaaaaa” Panjang lebar kata lelaki tersebut dengan ketawa galak pada akhirnya. Saja menggamatkan suasana agar tidak kekok antara mereka sebenarnya.

Lama menyepi yang tadi hanya memasang telinga.
Mendengar kata akhir Mika. Membuatnya tergelak sama sambil spontan,
“Bongoooookkkkkk!!!!!...”Hahahaaaaa balas Ain tanpa diduga.
“Kau jangan buat aku jadi isteri derhaka baru hari pertama ni haaaa.” Sambung Ain lagi dengan ketawa bersisa.

Mika masih gelak suka dengan sambut spontan Ain yang memang begitu riaknya tiap kali diusiknya.
Tidak diambil hati. Kerana dia kenal. Kenal benar jiwa wanita yang isterinya kini. Katanya memang main hembus saja, tapi jiwanya subhanAllah. Satu sesuatu yang sangat sesuatu untuk diurai ceritakan.

“By the way, thanks Mika. Sebab kau sudi tolong aku sampai macam ni. Nanti-nanti aku belanja kau makan ea? Hehee.” Sambung Ain lagi dengan sisa ketawa yang belum temu hujungnya.
Senget memikirkan suaminya yang satu ini. Aduuhhhhhhhhh. Punggahlah lah hidupnya lepas ni, dapat pe’el roommate yang selalu masuk bakul pastu angkat sendiri ni.

Namun, jauh di sudut hati.
Sungguh lapang.
Jiwanya lapang.
Mendengar semua kata-kata suaminya tadi.
Iaitu Mika. Ahmad Mikail bin Al-Hafiz, kawan yang kini sudah dikahwini.
Mereka sebenarnya sudah membicarakan awal tentang keadaan ini.
Cuma tadi, mungkin Mika hanya ingin Ain lebih yakin dengan duduk perkara sebenar situasi mereka kini.
Sungguh, dia syukur paling tinggi. Dia sanjung pada budi. Budi sahabat yang sudi jadi suami. Suami yang tak tahu sampai nanti. Nanti yang dia mereka pun belum pasti. Tapi moga Allah limpah kasih pada hati.

Eps.05. BERSAMBUNG…..

Biar... Kataku Biar...

Assalamu'alaikum ahli syurga..
Huwaaaaaaaaaaaa rindunya nak menayippp semula....
ihikkkk lama rasanya seorang aku tidak mengotorkan dinding belog reput seorang aku ini dengan tulisan-tulisan buruk seorang aku kan..hahaaaa membawa hati yang laraa lah konon..
Aicehhhh....sembang...Tahu-tahu muncul jek dengan cerita seorang AIN kan.. hahaaa entah hape-hapelah seorang aku ini...
Sokaylah....nak buat acamane..dah hitu yang duk berjoget-joget kat kepala batu seorang aku ini..
Bagi jelah muka kat seorang AIN tu untuk menjadi penghuni belog sepi yang mereput ni..hahaaa biar dia tahu rasa bosan berkulat kat sini..hahaaaaaaa
Mereputtt lahhh nakkkk.....hahaa
Okay by the way, today seorang aku nak bermadah lagik lah macam dulu-dulu..
Try-try jelahhh hape yang boleh terkeluar waktu-waktu ni..we will see..hehee
Ok..follow that tajuk yang kat atas tu ea... :)

Andai engkau tahu betapa sakitnya derita sakit ini ketika ia sakit
Andai engkau tahu betapa deritanya sakit derita ini ketika ia sakit
Andai aku mampu kongsi
Andai aku sampai hati
Tapi aku lebih memilih tidak pada sudi
Aku akan lebih memilih diam dari mintak puji
Kerana aku memang begini
Biar aku tanggung sendiri
Biar aku saja terbebani
Biar aku yang tangisi
Biar cuma aku yang tersakiti
Biar..biar.....
Kerana aku tahu,
Aku masih punya Allah yang Maha Sudi
Yang memang sudi
Yang sentiasa di sisi
Di hati.....
Walau aku tahu engkau juga lebih dari sudi
Namun belum lagi
Aku masih belum sudi untuk berbagi
Aku yang belum sanggup untuk lihat engkau jua tersakiti
Aku yang masih belum sampai untuk lihat engkau jua terbebani
Mengkhuatiri diri
Biar..... Kataku biar...

Hai Arjuna yang dicintai
Hai Arjuna yang diminati
Hai Arjuna yang di hati
Jangan hiba bila aku tak kongsi
Jangan duka bila aku tak berbagi
Jangan luka bila aku tak story
Bukan tak sudi
Bukan ku benci
Tapi aku lebih memilih untuk membuat engkau tenang tanpa sekelumit resah dalam hati
Aku lebih memilih untuk membiarkan engkau bahagia tanpa sekelumit gundah menyengat jiwa
Aku lebih hiba bila engkau juga luka
Aku lebih hiba bila engkau juga duka
Dan aku pasti lebih hiba jika engkau juga rasa
Seperti yang aku rasa
Sakit ini biar aku saja yang rasa
Biar aku saja yang derita
Biar...biar.....
Kataku.....biar...
Andai engkau tahu berkecai sepai aku bila kau gundah
Andai engkau tahu terpecah belah aku bila kau resah
Mungkin takkan kau marah aku yang rahsia
Mungkin takkan kau hampa aku yang tak cerita
Mungkin takkan kau salah pada sangka
Mungkin takkan adanya sengketa
Tapi aku ni memang cuma manusia yang biasa
Memang cuma wanita yang biasa
Aku ni pokok kaku keras macam tak punya rasa
Aku tak mampu cerita semua
Aku tak reti kongsi yang aku rasa
Aku tak tahu nak cerita bagaimana
Biar kau tak sangsi
Biar kau tak jauh hati
Tapi....balik...balik...
Aku...kata.......biar..... Kataku...biar.....
Dan kau terus hilang faham pada semua rasa yang aku cuma taknak kau juga rasa sakit dengan sakit aku ini
Yang aku cuma taknak kau juga luka dengan luka aku ini
Maka, berkali-kali aku akan balik pada yang Maha Sudi
Moga DIA jaga rasa pada hati
Moga DIA jaga engkau sampai nanti
Moga DIA jangan letak engkau pada duri
Moga DIA biar engkau dirahmati
Dan aku di sini...biar
Kataku...biar.....


Okeyhhhhhh that all lah for today royan....hahaaa
Tumorroh insyaAllah jika never die, I'll be back dengan dak AIN yang tak dibuat hape-hape lagi tuh..
Hahaaaa nasib lahhh nak......
Okeyh..terima yang kasihlah bagi yang sudi meminjamkan mata..
Moga ada yang berguna..
Macam yang biasa...
Assalamu'alaikum.. This is SAYONARA.. Bye! Bye!

AIN ...eps.04.

Selesai semua borang yang memerlukan pengesahan.
Selesai semua urusan yang berkeperluan.
Tiket kapal yang terbang pun sudah disiapkan.
Cuma, persyaratan yang satu belum tertunaikan.
Siap menyusun semua dalam fail pilihan.
Ain terus mencapai Oppo-cot pemberian.
Pergi kepada contact, mencari nombor yang difikiran.

Talian tersambungkan.
“Salam, errrrr. Errrrrrr.” Tersekat yang nak diucapkan.

“Wassalam. Aku tahu apa kau nak cakap. Nisa dah bagitahu aku semuanya. Aku setuju. Ok deal ea!”
Sapa suara dari hujung talian sana dengan sahaja.

“Hah?? Deal? Errrrr apa yang deal?” Tersentak Ain dengan suatu kata itu.

“Deal la. Kita nikah. Baru umi abah kau izin kau pergi Korea ngan kitorang kan?” Sambut satu suara yang sama lagi.

“Errrrr tapi. Engkau ok ke tolong aku ni? Engkau tak kisah ke? Maksud aku family kau and semualah? Macamana?” Sangsi Ain lagi yang masih terkesima dengan persetujuan yang tidak diduga.

“Tentang family aku, kau tak payah risaulah. InsyaAllah diorang ok je. Aku pun ok je. Lagipun kalau aku tak tolong kau, siapa lagi nak tolong kau kan. Aku je pak sanggup kau kan.” Sambil ketawa besar. Sempat lagi si pemilik suara itu membuat lawak dengan kekalutan Ain yang begini.

“Mangkuk! Bongok! Haaaa amik kau!” Hambur Ain pula dengan sedikit senyum terukir di bibir.
Alhamdulillah, sedikit lapang di jiwa.
Lega pada rasa.
Walau sedikit sengal menerima ayat akhir lelaki itu. Hahaaaa.
Tapi itulah Ain dan dia.
Guraunya memang main hembus saja.
Tapi tidak pernah tersimpan di jiwa.
Melainkan itu cuma pada senda.
. . . . . . . . . .

Berbaring memikirkan perbualan yang dua minit tadi.
‘Mangkuk! Bongok!.........’
Tersenyum sendiri mengingatkan kata-kata sahabat di hati.
Yang tak lama mungkin akan menjadi roommate to be.
Hahaaaaaa, ada rasa yang mencuit di tangkai hati.
Bagai membawa dia ke langit Illahi.
‘Oh, Allah yang Maha Baik, moga ini jalan yang terbaik.’ getus hati.
Dan tersenyum lagi.

Eps.04. BERSAMBUNG…..

AIN ...eps.03.

‘Ain, cuba kau Tanya Mika. Mana tahu dia sudi tolong kau. Paling tak pun, mana tahu dia ada idea yang boleh setle kan kekusutan kau ni.’

Termenung Ain memikirkan usul Nisa yang satu itu.
Masih di tikar sejadah,
masih berbilah dengan gundah.
Usai membaca Al-Waqi’ah dan Al-Mulk tadi.
Bergitulah Ain hingga kini.
Sudah setengah dari dua puluh minit tanpa anjak.

Ketukan dipintu membunuh khayalan.
Mengejutya ke dunia nyata.
Terpacul muka Aliya di muka pintu.

“Mak teh, jomlah turun. Opah panggil makan.”
Panggilnya sambil berlari menuju Ain dan terus menerobos ke pelukan Ain yang masih bertelekung dengan duduknya yang pada sejadah ungu kesayangannya tidak sedikit berganjak.
. . . . . . . . . .
Malam itu semua ada di rumah.
Along dan isterinya balik,
Angah dan isterinya balik,
Uda dan isterinya juga balik.
Dan adik-adiknya yang bertiga memang masih di berek.
Belum pun ke mana-mana melarik awan.

Rumah yang syurga itu
Makin syurga dengan hadirnya anak-anak buah syurganya
Begitulah gamatnya istana syurga yang abah dan umi bina buat Ain sekeluarga
Bersederhana dalam setiap urusan,
Agama menjadi pegangan
Al-Quran Sunnah jadi panduan.

Sambil membasuh pinggan,
Umi cuba merisik-risik khabar di hati Ain.
Adakah sudah ada yang terlintas di hatinya untuk abah panjangkan hajat.
Usai membasuh gelas yang terakhir, mengelap tangan di kain sapu.
Ain mengambil duduk di sebelah umi.

“Ain belum punya jawapan tepat untuk soalan umi. Tapi, kalau Ain rasa Mika. Apa usul umi?”
Ujarnya cuba meneka riak umi dengan nama yang disebut tadi.

“Alhamdulillah moga Ain yakin.”
Jawab umi ringkas dengan senyuman di bibirnya.
Menepuk-nepuk bahu Ain, lantas bangun ke ruang tamu mendapatkan yang lain.
Bersembang santai sambil melayan kerenah cucu-cucu syurganya.

Eps.03. BERSAMBUNG…..

Khamis, 5 November 2015

AIN ...eps.02.

Masih memujuk rayu abah dan umi.
Masih mencari-cari ruang bagi melembut hati.
Namun, begitu juga semenjak tadi.
Abah dan umi senyum nampak gigi.
Dengan keputusan muktamad mandatori.

‘Hokeyhhhhh! Fine!’ monolog hatinya.
Nampaknya dia memang perlu bersiap siaga.
Mencari suami segera.
Tapi siapakah gerangannya.
Kata umi dan abah, ‘Pilih saja daripada mana-mana salah satu tiga orang sahabat lelakinya yang bertiga juga bakal turut sama ke Korea. Kan pakej katanya. Ada juga teman berjaga ketika periksa di sana.’
Oh, brilliants! Tapi siapa yang sudi jadi mangsanya.
Malam yang syahdu lenalah Ain dengan hati yang buntu.
Terkeseng ke kiri, sekejap-sekejap ke kanan. Tidurnya tidak asyik.
Memikirkan ‘A-Level’nya yang lagi satu ini.
Tidak lama, dia duduk bersandarkan kepala katil.
Termenung sedetik dua.
Lantas bangun mengambil wudhuk.
Mungkin akan ada petunjuk yang dicari.

Lama sujud akhirnya untuk tahajjud yang kali ini.
Seusai salam, pintanya ringkas tapi dalam dari hati.
“Wahai Allah yang Maha Baik, bagi aku hidayah-Mu atas hajat abah dan umi,
Wahai Allah yang Maha Sudi, kurnia aku inayah-Mu untuk tunai hajat abah dan umi. Aamiin.”

Selesai melipat telekung dan sejadah, ‘sematpun’ nya berbunyi menandakan ada whatsapp yang masuk.
Duduk di birai katil, mencapai Oppo-cot pemberian abah sempena pencapaian cemerlang SPM nya dua tahun lalu. Swep-swep-swep, sampai ke peti wasep.

Oh wasep dari Mika. Salah seorang rakannya yang akan turut sama ke Korea nanti.
Katanya, ‘Weyh Ain, borang-borang yang Puan Aziah cakap tu korang dah dapatkan pengesahan ke?.’ Kalau belum saing akulah. Aku tak setle lagi ni’

Sambil tersenyum, Ain membalas wasep Mika.
‘Belum. Lusa kitorang setle kan. Sekali la nanti dengan kitorang.’

Tidak tahu hujung pangkal, tapi dia masih tersenyum membaca wasep Mika yang tidak sedikit pun melawak sebenarnya.
Cuma hatinya tercuit tidak semena.
Lantas senyumnya masih berbaki beberapa ketika.
Sematpun nye berbunyi lagi.

‘Okeyh! Jumpa lusa. Nanti ape-ape inform ea.’ Balas Mika.



Eps.02. BERSAMBUNG…..

AIN ...eps.01.

Berliuk-lekuk otaknya memikirkan urusan yang satu itu.
Abah yang begitu.
Umi yang setuju.
Bukannya tidak dipujuk dirayu.
Cuma keputusan mereka memang muktamad pada yang satu.
Hujung-hujung dia juga yang masih buntu.
Begitulah gusar yang melanda Ain sejak dua minggu.
Sejak tawaran U yang di aju.
Abah dan umi meletakkan syarat yang satu itu.
Syarat yang membuat dia sarat.
Sarat memikirkan jalan penyelamat.
‘Oh Tuhan. aku buntu.’ Lagi. Dan lagi adunya pada Illahi.

Syaratnya, dia wajib berkahwin sebelum melanjutkan pelajaran.
Dengan siapa sahaja. Pokoknya dia harus punya muhrim disana.
Walhal bukan pun tidak baik akhlak budinya selama ini.
Yang tua disantuni, yang muda dikasihi, yang sebaya dibuli. Hihii *tersenyum sendiri walau serabut dihati.
Tapi, itulah abah dan umi yang terlalu berat hati.
Berat mahu melepas dia pergi mengaji sendiri.
Walhal bukan pun hendak berjoli-joli.
Cuma dia mengerti kasih abah dan umi.
Kerana mahu dia terjaga rapi.
Dia mengerti.
Cuma dia masih tidak punya siapa-siapa dihati.
Dengan umur yang baru sejagung ini.
Mana dia mahu mencari.

Ain, baru sahaja menginjak ke usia 19 tahun pada November nanti.
Baru sahaja menyelesaikan A-level nya untuk melanjutkan pelajaran ke korea dua bulan lagi.
Di suruh pilih untuk mencari suami. Sedangkan, tiada siapa di hati.
Selain abah umi dan keluarga yang disayangi.

Kepada Ayu dan Nisa juga sudah di adu kebuntuan yang melanda diri.
Dua sahabat karibnya yang turut serta akan ke Korea dengannya nanti.
Menyambung study.
Namun mereka juga masih masih tidak punya solusi.

Semuanya tujuh orang termasuk Ain yang akan ke Korea bagi menyambung pelajaran di sana.
Empat perempuan dan tiga lelaki. Mereka dari sekolah yang sama. Mengambil A-level bersama-sama.
Dan lulus juga bersama-sama. Cuma kini bezanya, Ain punya syarat lain yang tersendiri. Yang harus dia lepasi bagi melayakkan diri sekali lagi. Iaitu menikahi seorang lelaki. Yang nanti menjadi peneman dikala study. Kata abah dan umi.
‘Oh Tuhan, aku buntu.’ Adunya lagi dalam hati. *termenung lama selepas membaca ma’thurat petang itu.


Eps.01. BERSAMBUNG…..