buat apa dicerita

buat apa dicerita
cerita bahagia

Jumaat, 6 November 2015

AIN ...eps.05.

Selesai mengelap semua pinggan mangkuk yang bercuci.
Ain ke peti pula mencari-cari pembasah tekak penghilang kering gusi.
Datang umi.

“Menantu umi mana?”

“Kat atas kot, tadi perasan macam ke atas umi. Masuk bilik kot, rehat.” Jawab Ain sambil tersenyum.

Lembut saja tangan umi menarik bawa Ain duduk sebelahnya.
Renung penuh kasih umi terbentang nyata.
Sambil membelai-belai tangan Ain, umi sambung bicara.

“Ain, dah jadi isteri orang. Macamana Ain hormat abah dan umi, macam tu jugaklah Ain wajib hormat suami. Syurga Ain bukan lagi pada umi. Ingat, suami bukan kawan biasa-biasa lagi. Dia sahabat luar biasa yang boleh kurnia syurga pada kita.” Pesan umi lembut penuh sirat yang perlu aku semat.

Aku hanya membalas dengan senyuman dan elusan pada tangan.
Tanda yang aku mengerti faham apa sirat yang umi cuba sampaikan.

Hari ini hari nikahnya Ain dengan suami segera.
Dengan sahabat syurga yang dia percaya.
Majlis ringkas yang doa selamat cuma.
. . . . . . . . . . .
Sedikit mengetuk pada pintu.
Sekadar isyarat cuma yang dia mahu masuk.
Agar penghuni di dalam sedikit bersedia.
Walau dia tahu, mungkin cuma dia yang merasa kekok dengan perubahan status mereka.

Seperti diduga. Ternyata suaminya memang masih duduk bersandarkan kepala katil.
Sehelai t-shirt hitam pembalut tubuh dengan kain pelekat pada sebahagian lagi anggota.
Duduk berlunjurkan kaki sambil membaca buku Al-Fateh kegemaran Ain yang mungkin di ambil pada rak di tepi katil.

“Eh, ko da naik.” Pendek sapa lelaki yang suaminya kini.

“Aaa.. A’ah. Dah siap kerja kat dapur tu. Naiklah.” Jawabnya ringkas. Sedikit gugup.

“Ooooh. Emm Ain, sini jap. Aku ada benda nak cakap.” Panggil lelaki yang suaminya kini.

Bergerak hampir sedikit. Duduk pada birai katil sebaris dengan hujung kaki lelaki yang suaminya kini.
Membengkokkan kaki lalu bersila si suami.

“Aku harap kita masih kawan macam dulu. Kau janganlah kekok. Jangan segan ngan aku. Kau anggap je kita macam roommate. Eah? Jangan risau, aku takkan kacau privacy kau. Aku buat ni cuma nak tolong kau. Kau percayakan aku kan? Aku takkan apa-apakan kau. Kau jangan risaulah. Cuma, lepas ni, depan umi abah kau kenelah panggil aku ‘awak’ ke. Tapi belakang diorang, macam biasa je pun ok. Aku tak kisah. Kita kawan macam dulu je. Aku bukan apa, kalau aku tak jadi pak sanggup kau. Aku je yang tak sanggup tengok kau nangis guling-guling lambai kitorang kat airport nanti kalau kau tak dapat pergi. Hahahaaaaaa” Panjang lebar kata lelaki tersebut dengan ketawa galak pada akhirnya. Saja menggamatkan suasana agar tidak kekok antara mereka sebenarnya.

Lama menyepi yang tadi hanya memasang telinga.
Mendengar kata akhir Mika. Membuatnya tergelak sama sambil spontan,
“Bongoooookkkkkk!!!!!...”Hahahaaaaa balas Ain tanpa diduga.
“Kau jangan buat aku jadi isteri derhaka baru hari pertama ni haaaa.” Sambung Ain lagi dengan ketawa bersisa.

Mika masih gelak suka dengan sambut spontan Ain yang memang begitu riaknya tiap kali diusiknya.
Tidak diambil hati. Kerana dia kenal. Kenal benar jiwa wanita yang isterinya kini. Katanya memang main hembus saja, tapi jiwanya subhanAllah. Satu sesuatu yang sangat sesuatu untuk diurai ceritakan.

“By the way, thanks Mika. Sebab kau sudi tolong aku sampai macam ni. Nanti-nanti aku belanja kau makan ea? Hehee.” Sambung Ain lagi dengan sisa ketawa yang belum temu hujungnya.
Senget memikirkan suaminya yang satu ini. Aduuhhhhhhhhh. Punggahlah lah hidupnya lepas ni, dapat pe’el roommate yang selalu masuk bakul pastu angkat sendiri ni.

Namun, jauh di sudut hati.
Sungguh lapang.
Jiwanya lapang.
Mendengar semua kata-kata suaminya tadi.
Iaitu Mika. Ahmad Mikail bin Al-Hafiz, kawan yang kini sudah dikahwini.
Mereka sebenarnya sudah membicarakan awal tentang keadaan ini.
Cuma tadi, mungkin Mika hanya ingin Ain lebih yakin dengan duduk perkara sebenar situasi mereka kini.
Sungguh, dia syukur paling tinggi. Dia sanjung pada budi. Budi sahabat yang sudi jadi suami. Suami yang tak tahu sampai nanti. Nanti yang dia mereka pun belum pasti. Tapi moga Allah limpah kasih pada hati.

Eps.05. BERSAMBUNG…..

Biar... Kataku Biar...

Assalamu'alaikum ahli syurga..
Huwaaaaaaaaaaaa rindunya nak menayippp semula....
ihikkkk lama rasanya seorang aku tidak mengotorkan dinding belog reput seorang aku ini dengan tulisan-tulisan buruk seorang aku kan..hahaaaa membawa hati yang laraa lah konon..
Aicehhhh....sembang...Tahu-tahu muncul jek dengan cerita seorang AIN kan.. hahaaa entah hape-hapelah seorang aku ini...
Sokaylah....nak buat acamane..dah hitu yang duk berjoget-joget kat kepala batu seorang aku ini..
Bagi jelah muka kat seorang AIN tu untuk menjadi penghuni belog sepi yang mereput ni..hahaaa biar dia tahu rasa bosan berkulat kat sini..hahaaaaaaa
Mereputtt lahhh nakkkk.....hahaa
Okay by the way, today seorang aku nak bermadah lagik lah macam dulu-dulu..
Try-try jelahhh hape yang boleh terkeluar waktu-waktu ni..we will see..hehee
Ok..follow that tajuk yang kat atas tu ea... :)

Andai engkau tahu betapa sakitnya derita sakit ini ketika ia sakit
Andai engkau tahu betapa deritanya sakit derita ini ketika ia sakit
Andai aku mampu kongsi
Andai aku sampai hati
Tapi aku lebih memilih tidak pada sudi
Aku akan lebih memilih diam dari mintak puji
Kerana aku memang begini
Biar aku tanggung sendiri
Biar aku saja terbebani
Biar aku yang tangisi
Biar cuma aku yang tersakiti
Biar..biar.....
Kerana aku tahu,
Aku masih punya Allah yang Maha Sudi
Yang memang sudi
Yang sentiasa di sisi
Di hati.....
Walau aku tahu engkau juga lebih dari sudi
Namun belum lagi
Aku masih belum sudi untuk berbagi
Aku yang belum sanggup untuk lihat engkau jua tersakiti
Aku yang masih belum sampai untuk lihat engkau jua terbebani
Mengkhuatiri diri
Biar..... Kataku biar...

Hai Arjuna yang dicintai
Hai Arjuna yang diminati
Hai Arjuna yang di hati
Jangan hiba bila aku tak kongsi
Jangan duka bila aku tak berbagi
Jangan luka bila aku tak story
Bukan tak sudi
Bukan ku benci
Tapi aku lebih memilih untuk membuat engkau tenang tanpa sekelumit resah dalam hati
Aku lebih memilih untuk membiarkan engkau bahagia tanpa sekelumit gundah menyengat jiwa
Aku lebih hiba bila engkau juga luka
Aku lebih hiba bila engkau juga duka
Dan aku pasti lebih hiba jika engkau juga rasa
Seperti yang aku rasa
Sakit ini biar aku saja yang rasa
Biar aku saja yang derita
Biar...biar.....
Kataku.....biar...
Andai engkau tahu berkecai sepai aku bila kau gundah
Andai engkau tahu terpecah belah aku bila kau resah
Mungkin takkan kau marah aku yang rahsia
Mungkin takkan kau hampa aku yang tak cerita
Mungkin takkan kau salah pada sangka
Mungkin takkan adanya sengketa
Tapi aku ni memang cuma manusia yang biasa
Memang cuma wanita yang biasa
Aku ni pokok kaku keras macam tak punya rasa
Aku tak mampu cerita semua
Aku tak reti kongsi yang aku rasa
Aku tak tahu nak cerita bagaimana
Biar kau tak sangsi
Biar kau tak jauh hati
Tapi....balik...balik...
Aku...kata.......biar..... Kataku...biar.....
Dan kau terus hilang faham pada semua rasa yang aku cuma taknak kau juga rasa sakit dengan sakit aku ini
Yang aku cuma taknak kau juga luka dengan luka aku ini
Maka, berkali-kali aku akan balik pada yang Maha Sudi
Moga DIA jaga rasa pada hati
Moga DIA jaga engkau sampai nanti
Moga DIA jangan letak engkau pada duri
Moga DIA biar engkau dirahmati
Dan aku di sini...biar
Kataku...biar.....


Okeyhhhhhh that all lah for today royan....hahaaa
Tumorroh insyaAllah jika never die, I'll be back dengan dak AIN yang tak dibuat hape-hape lagi tuh..
Hahaaaa nasib lahhh nak......
Okeyh..terima yang kasihlah bagi yang sudi meminjamkan mata..
Moga ada yang berguna..
Macam yang biasa...
Assalamu'alaikum.. This is SAYONARA.. Bye! Bye!

AIN ...eps.04.

Selesai semua borang yang memerlukan pengesahan.
Selesai semua urusan yang berkeperluan.
Tiket kapal yang terbang pun sudah disiapkan.
Cuma, persyaratan yang satu belum tertunaikan.
Siap menyusun semua dalam fail pilihan.
Ain terus mencapai Oppo-cot pemberian.
Pergi kepada contact, mencari nombor yang difikiran.

Talian tersambungkan.
“Salam, errrrr. Errrrrrr.” Tersekat yang nak diucapkan.

“Wassalam. Aku tahu apa kau nak cakap. Nisa dah bagitahu aku semuanya. Aku setuju. Ok deal ea!”
Sapa suara dari hujung talian sana dengan sahaja.

“Hah?? Deal? Errrrr apa yang deal?” Tersentak Ain dengan suatu kata itu.

“Deal la. Kita nikah. Baru umi abah kau izin kau pergi Korea ngan kitorang kan?” Sambut satu suara yang sama lagi.

“Errrrr tapi. Engkau ok ke tolong aku ni? Engkau tak kisah ke? Maksud aku family kau and semualah? Macamana?” Sangsi Ain lagi yang masih terkesima dengan persetujuan yang tidak diduga.

“Tentang family aku, kau tak payah risaulah. InsyaAllah diorang ok je. Aku pun ok je. Lagipun kalau aku tak tolong kau, siapa lagi nak tolong kau kan. Aku je pak sanggup kau kan.” Sambil ketawa besar. Sempat lagi si pemilik suara itu membuat lawak dengan kekalutan Ain yang begini.

“Mangkuk! Bongok! Haaaa amik kau!” Hambur Ain pula dengan sedikit senyum terukir di bibir.
Alhamdulillah, sedikit lapang di jiwa.
Lega pada rasa.
Walau sedikit sengal menerima ayat akhir lelaki itu. Hahaaaa.
Tapi itulah Ain dan dia.
Guraunya memang main hembus saja.
Tapi tidak pernah tersimpan di jiwa.
Melainkan itu cuma pada senda.
. . . . . . . . . .

Berbaring memikirkan perbualan yang dua minit tadi.
‘Mangkuk! Bongok!.........’
Tersenyum sendiri mengingatkan kata-kata sahabat di hati.
Yang tak lama mungkin akan menjadi roommate to be.
Hahaaaaaa, ada rasa yang mencuit di tangkai hati.
Bagai membawa dia ke langit Illahi.
‘Oh, Allah yang Maha Baik, moga ini jalan yang terbaik.’ getus hati.
Dan tersenyum lagi.

Eps.04. BERSAMBUNG…..

AIN ...eps.03.

‘Ain, cuba kau Tanya Mika. Mana tahu dia sudi tolong kau. Paling tak pun, mana tahu dia ada idea yang boleh setle kan kekusutan kau ni.’

Termenung Ain memikirkan usul Nisa yang satu itu.
Masih di tikar sejadah,
masih berbilah dengan gundah.
Usai membaca Al-Waqi’ah dan Al-Mulk tadi.
Bergitulah Ain hingga kini.
Sudah setengah dari dua puluh minit tanpa anjak.

Ketukan dipintu membunuh khayalan.
Mengejutya ke dunia nyata.
Terpacul muka Aliya di muka pintu.

“Mak teh, jomlah turun. Opah panggil makan.”
Panggilnya sambil berlari menuju Ain dan terus menerobos ke pelukan Ain yang masih bertelekung dengan duduknya yang pada sejadah ungu kesayangannya tidak sedikit berganjak.
. . . . . . . . . .
Malam itu semua ada di rumah.
Along dan isterinya balik,
Angah dan isterinya balik,
Uda dan isterinya juga balik.
Dan adik-adiknya yang bertiga memang masih di berek.
Belum pun ke mana-mana melarik awan.

Rumah yang syurga itu
Makin syurga dengan hadirnya anak-anak buah syurganya
Begitulah gamatnya istana syurga yang abah dan umi bina buat Ain sekeluarga
Bersederhana dalam setiap urusan,
Agama menjadi pegangan
Al-Quran Sunnah jadi panduan.

Sambil membasuh pinggan,
Umi cuba merisik-risik khabar di hati Ain.
Adakah sudah ada yang terlintas di hatinya untuk abah panjangkan hajat.
Usai membasuh gelas yang terakhir, mengelap tangan di kain sapu.
Ain mengambil duduk di sebelah umi.

“Ain belum punya jawapan tepat untuk soalan umi. Tapi, kalau Ain rasa Mika. Apa usul umi?”
Ujarnya cuba meneka riak umi dengan nama yang disebut tadi.

“Alhamdulillah moga Ain yakin.”
Jawab umi ringkas dengan senyuman di bibirnya.
Menepuk-nepuk bahu Ain, lantas bangun ke ruang tamu mendapatkan yang lain.
Bersembang santai sambil melayan kerenah cucu-cucu syurganya.

Eps.03. BERSAMBUNG…..

Khamis, 5 November 2015

AIN ...eps.02.

Masih memujuk rayu abah dan umi.
Masih mencari-cari ruang bagi melembut hati.
Namun, begitu juga semenjak tadi.
Abah dan umi senyum nampak gigi.
Dengan keputusan muktamad mandatori.

‘Hokeyhhhhh! Fine!’ monolog hatinya.
Nampaknya dia memang perlu bersiap siaga.
Mencari suami segera.
Tapi siapakah gerangannya.
Kata umi dan abah, ‘Pilih saja daripada mana-mana salah satu tiga orang sahabat lelakinya yang bertiga juga bakal turut sama ke Korea. Kan pakej katanya. Ada juga teman berjaga ketika periksa di sana.’
Oh, brilliants! Tapi siapa yang sudi jadi mangsanya.
Malam yang syahdu lenalah Ain dengan hati yang buntu.
Terkeseng ke kiri, sekejap-sekejap ke kanan. Tidurnya tidak asyik.
Memikirkan ‘A-Level’nya yang lagi satu ini.
Tidak lama, dia duduk bersandarkan kepala katil.
Termenung sedetik dua.
Lantas bangun mengambil wudhuk.
Mungkin akan ada petunjuk yang dicari.

Lama sujud akhirnya untuk tahajjud yang kali ini.
Seusai salam, pintanya ringkas tapi dalam dari hati.
“Wahai Allah yang Maha Baik, bagi aku hidayah-Mu atas hajat abah dan umi,
Wahai Allah yang Maha Sudi, kurnia aku inayah-Mu untuk tunai hajat abah dan umi. Aamiin.”

Selesai melipat telekung dan sejadah, ‘sematpun’ nya berbunyi menandakan ada whatsapp yang masuk.
Duduk di birai katil, mencapai Oppo-cot pemberian abah sempena pencapaian cemerlang SPM nya dua tahun lalu. Swep-swep-swep, sampai ke peti wasep.

Oh wasep dari Mika. Salah seorang rakannya yang akan turut sama ke Korea nanti.
Katanya, ‘Weyh Ain, borang-borang yang Puan Aziah cakap tu korang dah dapatkan pengesahan ke?.’ Kalau belum saing akulah. Aku tak setle lagi ni’

Sambil tersenyum, Ain membalas wasep Mika.
‘Belum. Lusa kitorang setle kan. Sekali la nanti dengan kitorang.’

Tidak tahu hujung pangkal, tapi dia masih tersenyum membaca wasep Mika yang tidak sedikit pun melawak sebenarnya.
Cuma hatinya tercuit tidak semena.
Lantas senyumnya masih berbaki beberapa ketika.
Sematpun nye berbunyi lagi.

‘Okeyh! Jumpa lusa. Nanti ape-ape inform ea.’ Balas Mika.



Eps.02. BERSAMBUNG…..

AIN ...eps.01.

Berliuk-lekuk otaknya memikirkan urusan yang satu itu.
Abah yang begitu.
Umi yang setuju.
Bukannya tidak dipujuk dirayu.
Cuma keputusan mereka memang muktamad pada yang satu.
Hujung-hujung dia juga yang masih buntu.
Begitulah gusar yang melanda Ain sejak dua minggu.
Sejak tawaran U yang di aju.
Abah dan umi meletakkan syarat yang satu itu.
Syarat yang membuat dia sarat.
Sarat memikirkan jalan penyelamat.
‘Oh Tuhan. aku buntu.’ Lagi. Dan lagi adunya pada Illahi.

Syaratnya, dia wajib berkahwin sebelum melanjutkan pelajaran.
Dengan siapa sahaja. Pokoknya dia harus punya muhrim disana.
Walhal bukan pun tidak baik akhlak budinya selama ini.
Yang tua disantuni, yang muda dikasihi, yang sebaya dibuli. Hihii *tersenyum sendiri walau serabut dihati.
Tapi, itulah abah dan umi yang terlalu berat hati.
Berat mahu melepas dia pergi mengaji sendiri.
Walhal bukan pun hendak berjoli-joli.
Cuma dia mengerti kasih abah dan umi.
Kerana mahu dia terjaga rapi.
Dia mengerti.
Cuma dia masih tidak punya siapa-siapa dihati.
Dengan umur yang baru sejagung ini.
Mana dia mahu mencari.

Ain, baru sahaja menginjak ke usia 19 tahun pada November nanti.
Baru sahaja menyelesaikan A-level nya untuk melanjutkan pelajaran ke korea dua bulan lagi.
Di suruh pilih untuk mencari suami. Sedangkan, tiada siapa di hati.
Selain abah umi dan keluarga yang disayangi.

Kepada Ayu dan Nisa juga sudah di adu kebuntuan yang melanda diri.
Dua sahabat karibnya yang turut serta akan ke Korea dengannya nanti.
Menyambung study.
Namun mereka juga masih masih tidak punya solusi.

Semuanya tujuh orang termasuk Ain yang akan ke Korea bagi menyambung pelajaran di sana.
Empat perempuan dan tiga lelaki. Mereka dari sekolah yang sama. Mengambil A-level bersama-sama.
Dan lulus juga bersama-sama. Cuma kini bezanya, Ain punya syarat lain yang tersendiri. Yang harus dia lepasi bagi melayakkan diri sekali lagi. Iaitu menikahi seorang lelaki. Yang nanti menjadi peneman dikala study. Kata abah dan umi.
‘Oh Tuhan, aku buntu.’ Adunya lagi dalam hati. *termenung lama selepas membaca ma’thurat petang itu.


Eps.01. BERSAMBUNG…..

Rabu, 7 Oktober 2015

Hey! Seorang 'awak'! 2.0

#Catatan ini sepatutnya aku terbitkan pada 5 hari lagi dari tarikh hari ini, iaitu pada 12/10/15 (isnin). Tapi disebabkan aku tahu, mungkin pada tarikh itu nanti, aku mungkin sudah kehabisan data untuk publishkan ISI JIWA aku yang satu ini. Jadi, mahu tidak mahu, aku kena langsaikannya hari ini juga. Ok, lets start..

Hey!!! Seorang 'awak' yang selalu saya doakan.,
Dengarnya hari ini awak akan ke Segamat,
Untuk menyelesaikan urusan seri paduka baginda awak yang satu ni pulak,
Aicewahhh ayat memang tak pernah nak kalah..
Hahaaiiii...seri paduka bagindalah sangat..,
Padahai, Ujian psikometrik inspektor, itu je pun,..hahaa...
Eh! That is not 'itu je pun' Ok!!
Itu adalah satu sesuatu yang sangat sesuatu ok!
Sebab, apa pun yang awak buat,
Apa pun yang jadi pada awak,
I will always luv to know,
Always luv to care..
But still, in my way...*dengan cara saya..
By the way, best of luck for you! :)
Hey! Seorang 'awak'!
Nanti-nanti di sana
Jaga diri ya
Nanti-nanti di sana
Moga berjaya ya
Hahaaaa 
Memang tak terluah lah aku untuk ni semua
Memang tak terkata
Walau dalam jiwa ni berlumba-lumba nak bergema
Haahaaaa 

Tak mengapa
Kerana
Kau di sana punya jiwa tentera bukan
Kau di sana punya hati jejaka bukan
Kau di sana punya iman dewasa bukan
Jadi seorang 'aku' ini tak lah hairan
Yang kau akan tetap kuat tahan
Tetap akan siap ujian
Dan takkan rebah pengsan

Sebab... kerana...
Walau seorang 'aku' tak ucapkan
Doa aku yang setiap saat detik sekian
Akan di hantar Tuhan
Untuk lindung kau walau berzaman-zaman
Biar kau tetap diberi kekuatan

Hey! Seorang 'awak'!
Aku ni bukan tak risaukan
Aku ni bukan tak endahkan
Aku ni bukan nya tak kesahkan
Tapi aku kirim kau pada Tuhan
Biar DIA yang jagakan

Sebab... kerana...
Aku lebih percaya DIA dari percaya aku
Aku lebih cinta DIA dari cinta aku
Aku lebih percaya yang DIA akan jaga kau dengan lebih cinta daripada yang mungkin aku dapat jaga kau

Jadi...
Jadi...
Aku harap kau akan baik-baik di bawah rahmat DIA
Aku harap kau akan elok-elok di bawah cinta DIA

Dan....
Apa pun seorang aku hanya ingin sampaikan,
Heyyyyy! Seorang 'awak'!
Nanti
Jika ada luka di sana
Seorang aku akan sentiasa menanti untuk menjadi penawarnya di sini,
Nanti
Jika ada lara di sana
Seorang aku akan sentiasa menanti untuk menjadi penawarnya di sini,
Nanti
Jika ada sengsara di sana
Seorang aku MASIH akan sentiasa menanti untuk menjadi penawarnya di sini.....
Al-Fatihah..arjuna..fi hifdzillah..
Ok, lets sing a song by kaq Fynn again..
## Hiduplah arjuna beta,
Biarkan jasad yang luka,
Selama Tuhan mu ada,
Takkan engkau tercela...:)
And for the rest of my life...I will leave you to Allah love and bless, may your things always ease by HIS side world till paradise... 
Assalamu'alaikum arjuna beta, dis is Sayonara.. Bye! Bye!
 :) ...


Selasa, 6 Oktober 2015

Dan...Maafkan aku dengan IKHLAS.....

Kau bukan pun SEMAK yang aku rimas.
Bukan pun SEMAK yang aku punya rasa nak tebas.
Tapi kau SEMAK yang aku cinta ikhlas.
Berlambaklah merata yang sarat didepan mata pun aku takkan pernah rimas.
Takkan pernah puas.
Takkan pernah puas untuk takkan lepas.
Lepas kau pergi walau sekilas.
Walau seulas.

Dan untuk kali yang ke 150juta kali ini.
Maafkan lah aku dengan Ikhlas...
Aku cuma terlepas..cuma terlepas..... 
____________________________________________
Moga kau berjaya. Moga bahagia. Maafkanlah. 
Kalau sampai nanti masih ada simpan dalam hati kau.
Aku pun sendiri takkan mungkin maafkan aku untuk kau.

Assalam.... SAYONARA.. . . .BYE ! BYE !
Al-Fatihah...arjuna.

Ahad, 4 Oktober 2015

Allahu...Allahu....:(


Allahu..Allahu...
Ya Allah...
Moga Engkau redha..
Moga Engkau redha..

Ya Allah...
Lindungi kami dari hasad dengki syaitan2 bertopengkan manusia..
Payungi kami sentiasa dalam rahmat Mu..
Hanya kepadamu
Tempat kami menyembah & memohon pertolongan...
Al-Fatihah..arjuna, fi hifdzillah..

Jumaat, 2 Oktober 2015

u said 'Terima Kasih',,kasih

Dan ketika arjuna kata 'terima kasih'
Allah..Allah..
Allah je tahu
Saya jawab 'kasih diterima, insyaAllah'
Yihiiii...:) malu kita...hihiii

Tak apa
Nanti-nanti mungkin arjuna tahu
Tak apa
Nanti-nanti
Walau hanya tinggal coretan ni
Moga arjuna baca

Sebab nak tunggu saya kata
Macam mimpi yang belaka..

Okay..kita dah malu sendiri..
Assalamu'alaikum & jumpa lagi..yihiiiii ;)


Khamis, 1 Oktober 2015

U r de only ONE

Untuk hati kau yang penuh taman
Aku ni macam tak ada belas kasihan kan
Untuk jiwa kau yang penuh kesabaran
Aku ni macam manusia yang penuh kezaliman kan

Aku pun macam tak terfahamkan

Aku pun hairan
Tapi
Maafkan
Moga kau Maafkan

Moga dengan doa kau yang penuh iman

Aku yang keras batu ni akan terlenturkan
Moga dengan doa kau yang tak terputuskan
Aku yang macam kayu ni akan dikurnia ihsan

Moga dengan ada rahmat Tuhan

Engkau arjuna beta akan tetap mampu bertahan
Akan dengan penuh kesabaran
Akan dengan sangat ketabahan
Takkan terkalahkan
Sampai nanti yang berzaman-zaman
Biar aku yang tetap kau perlukan
Walau jiwa engkau yang aku carik-carikkan
Walau hati engkau yang aku cerai-beraikan
Walau rasa engkau yang macam aku tak pernah endahkan
Aku harap kau akan tetap bertahan
Tetap mampu bertahan
Dengan segala ihsan Tuhan
Aku mohon engkau terus maafkan
Jangan berhenti maafkan
Jangan pernah berhenti memaafkan
Aku..
Aku.. Yang penuh keterlanjuran
Penuh kekerasan
Kekakuan......maafkan..

Sebab 

Andailah aku ni mampu tunjukkan
Andailah aku ni mampu buktikan
Yang engkau tu tak tergantikan
Yang engkau tu macam satu rahmat Tuhan
Macam satu anugerah Tuhan
Dan insyaAllah...You are the only ONE! 

Tapi aku tak mampu nak cakapkan

Aku memang takkan terluahkan
Nanti-nanti kau bacalah coretan
Coretan yang aku buatkan
Aku buatkan untuk engkau yang the only ONE!
There must be a reason..I believe..

Remuk di dada......

Bertapa remuk
Remuk jiwa dia aku buat
Remuk hati dia aku lumat
Remuk yang berkecai sepai mungkin
Mungkin...

Wahai dia yang arjuna beta
Maafkanlah
Maafkanlah
Maafkanlah
Dah hampir 150juta kali aku kata
Aku ni mungkin keras tak berbahasa
Kerana aku rimas yang namanya perempuan gedik mengada-ngada
Tapi kau tetap tak pernah serik
Tak pernah celik
Sampai balik-balik aku yang rasa pelik

Semalam yang hiba
Lagi-lagi hati dia remuk dengan tingkah aku yang tak serupa rasa dijiwa
Lagi-lagi lekuk-lekuk remuk yang aku bentuk pada jiwa dia
Itulah aku kata
Dan lebih 150juta kali kan aku pesan
Aku dan kau ni ada mungkin tak serasi
Kau dah lah sangat manis sweet muit
Aku ni kan macam dawai besi
Tapi kau memang tak pernah serik
Apa yang kau lihat pada aku ni
Memang aku jujurkan saja
Mulut puaka ni bukan aku buat-buat ada
Memang aku
Memang ada
Inilah aku
Aku yang sedia ada
Tapi percayalah,kalau kau memang kenal hati aku,kau takkan pernah ada yang namanya istilah terasa
Takkan pernah terasa

Sebab aku
Selalu yang aku kata bukan pun dari jiwa
Aku main hembusss saja
Memang hembusss saja
Tapi itulah dia
Kau memang tak pernah serikkan
Tak pernah nak serik
Aku pelik
Pelik
Walau macamana kau punya jiwa luka
Walau macamana kau punya jiwa lara
Kau memang tak pernah serikkan

Mungkin kau spesis yang bestie belangkasku ingin maksudkan
Katanya' if you are the one who want to know just my mouth then you should stop here and you can leave now! But if you are the one who really2 comes and wish for know my heart closely then you can stay strong here and I'll treat you well through it'....
And I hope so..
I hope so....

Arjuna...
Maafkanlah aku yang puaka
Maafkanlah aku yang puaka
Maafkanlah aku yang puaka

Itu memang aku
Hembusss tak toleh kiri kanan
Hembus ikut sedap aje
Sedangkan di hati jiwa tak ada sehame pun ingin membuat kau luka
Maafkanlah
Maafkanlah :( 

Kau bukan pun SEMAK yang aku rimas
Bukan pun SEMAK yang aku punya rasa nak tebas
Tapi kau SEMAK yang aku cinta ikhlas
Berlambaklah merata yang sarat didepan mata pun aku takkan pernah rimas
Takkan pernah puas
Takkan pernah puas untuk takkan lepas
Lepas kau pergi walau sekilas
Walau seulas...

Dan untuk kali yang ke 150juta kali ini
Maafkanlah aku dengan ikhlas..
Aku cuma terlepas..cuma terlepas...:(

#takkankupamerreputdidada
So..macam biasalah..lagu kaq Fynn jadi penghias..150juta_Fynn Jamal:
###1,2,3,4 
   Untuk kali ke 150juta
   Mereka tanyakan engkau soalan yg sama
   Hey,kenapa kau masih lagi mahukan dia
   Apa kau buta apa kau pura-pura suka
   Di 150juta kali itu
   Di depan semua engkau tarik tangan aku
   Yg sedang buat muka kosong tak ambil tahu
   Sambil ketawa engkau bilang satu persatu
   Dia mungkin bengis seperti singa
   Tapi dia nangis tonton cerita korea
   Dia mungkin keras bila bersuara
   Tapi dia jelas jujur apa adanya
   Aku lagi kenal dia... :)

Okey lah...that all again..
I just hope so..hope that you know me more than others.. 
So..Assalamu'alaikum .. SAYONARA.. BYE! BYE! ...

Jumaat, 25 September 2015

sesuatu YANG MASIH PERLU DIRAHSIAKAN...

Hey! Arjuna..
Today the story that I would like to tell you is about something that I should hiden from you till now..and till letter..till the date you are really be mine..be my husband...kihkih ;)

Aicehhhhh. Cakap omputeh pulak budak comot ni. Krik krik sangat kan.
Hahaaaa :)
Malu lahh kite nak cakap melayu..nanti Arjuna faham sangat... 

So bunyik nye begini...

Sesuatu YANG MASIH PERLU DIRAHSIAKAN...

Ketika para pencinta lain lalai mendayu-dayukan cinta
Saya masih tetap kaku kan
Ketika para kekasih lain alpa melagukan irama asmara
Saya memang masih tetap kaku kan
Ya! Saya memang kaku.
Kaku yang bukan kayu kata bestie belangkasku
Bukan kayu katanya.
Cuma pokok yang kaku.
Walhal hidup sebenarnya.
Bukan tak mahu.
Bukan tak nak laku.
Tapi yang sesuatu itu, masih perlu saya rahsiakan.
Untuk saat dan waktu ini.
Untuk sampai nanti.
Nanti yang mungkin belum pasti.
Tapi sentiasa dalam doa hari-hari.
Sentiasa ada ingin dalam hati.
Setiap kaku keras yang mengguris hati.
Maafkanlah wahai Arjuna...
Setiap kaku keras yang menggarit luka.
Maafkanlah wahai Arjuna...
Setiap kaku keras yang menghiris perasaan.
Maafkanlah wahai Arjuna...
Setiap kaku keras yang mencarik-carik emosi.
Maafkanlah wahai Arjuna...
Setiap kaku keras yang seperti tidak mengendahkan kamu & perasaan mu.
Maafkanlah wahai Arjuna...
Bukan tak suka.
Bukan tak cinta lah.
Bukan.
Itu semua... Kerana
Yang sesuatu itu masih perlu dirahsiakan. 
Memang masih perlu saya rahsiakan.
Nanti-nanti ya.
InsyaAllah. Nanti-nanti ya.
Tak janji. 
Tapi dengan izin-NYA yang tak pasti pun akan jadi.

Ohye, kelmarin..saya ke laut.. Pergi pantai maksud saya.. Dengan laskar-laskar pelangi saya yang tak cukup kuota sebab bestie belangkasku tak ada. Dy kerja yang tak cuti tyme raya. Tak mengapalah.. Apa yang ada kita raikan. So..pergilah dengan sepasang pengantin yang baru tak sampai seminggu majlisnya...iaitu abang bestie belangkasku itu. Alaaaah,kire macam abang ku jugaklah. Dalam hati...huhuiiii sweetnye melihat mereka berdua yang baru saje ingin bercinta yang Halal. Dalam hati yang jeles,mohon padaNYA banyak-banyak, moga nanti..ALLAH juga izin kita begitu. Moga nanti..yang sesuatu rahsia tersimpan ini akan ada detik seperti itu untuk dirungkai. InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah. Tangan kanan letak atas dada kiri. Tepuk-tepuk sikit sambil ucap pelan-pelan "insyaAllah.sabar...wahai hati..1langkah je lagi..nanti-nanti will be your turn pulak.." tersenyum pada diri sendiri :) insyaAllah.

Yang penting dan pastinya, 
Kini...
Yang sesuatu itu masih perlu dirahsikan lagi. :) ;) 
Yang ada ni. Saya usahakan dulu.
Moga nanti Allah bagi yang dihajati.
Niat kita baik.
InsyaAllah anugerahNYA juga pasti baik.

Oryte lahhhh...macam habis dah idea ni..hihiii

By the way, Salam AidilAdha yang masih belum berlalu habis..Moga dipertemukan pada Adha yang depan jua. insyaAllah. .. 
Assalamu'alaikum w.b.t. ;) LabbaikAllahu malabbaik..Labbaikalaa syari kala kalabbaik..


Sedikit memory yang terbina kelmarin.. Bersama jubah indah hadiah Arjuna(*pilihan adinda Ain Shafeenas :)..biar besar yang longgar..biar tebal menampakkan gempal..biar lebar yang nampak gemok besar..biar..biar..kataku biar..kerana yang sesuatu itu, MASIH PERLU DIRAHSIAKAN lagi.. ;)

Sabtu, 19 September 2015

Kan Ku Ceritakan Dengan Indah..2.0

Akan bersambung di sini...

Macam yang pernah aku ceritakan dulu..
Kata bestie belangkasku, 
Aku ini bukannye 'kayu'. Cume macam 'Pokok' yang nampak je kaku tapi sebenarnye aku hidup.
Ye. Terima kasih sahabat. Sebab kau memang selalu membuat seorang aku terfikir. 

Kan Ku Ceritakan Dengan Indah

Ye! Mungkin saje. Mungkin saje aku bukannye 'kayu' seperti yang kau ungkapkan wahai sahabat. Aku tahu yang kau maksudkan. Tapi, andainye seorang 'dia' juge sefikrah dengan engkau. Alangkah indah. Alangkah indahnye.

Kan Ku Ceritakan Dengan Indah

Ye. Alangkah indahnye. 😳TAPI.. Seorang aku tahu, yang seorang dia mungkin susah untuk berfikiran begitu. Ye! Seorang aku mungkin terlalu menjadi pokok yang kaku. Kerane..seorang aku takut. Takut pada yang Mencipta. Takut pada DIA.

Kan Ku Ceritakan Dengan Indah

Seorang aku selalu cube belajar untuk jadi yang S.W.E.E.T. Ye! Seorang aku belajar untuk semue itu. Cumenye, belum. Masenye belum lagi. Nanti-nanti. Nanti bile sudah jadi. Bile sudah dimiliki. InsyaAllah. Si comot ini sendiri yang akan mendekati.

Kan Ku Ceritakan Dengan Indah

Wahai seorang 'awak' yang arjuna beta, sabarlah. Maafkanlah si comot ini untuk ketike ini. Nanti-nanti moga arjuna faham jua. Bukan tak ade cinte di sini 💙. Cumenye, masenye belum lagi. Illahi belum firman 'kun' pada takdirnye.

Kan Ku Ceritakan Dengan Indah

Moge nanti, akan ada takdir Illahi itu.Akan ada waktu itu. Waktu halal itu. Kerane, jika ada itu,barulah seorang 'aku' mampu bukti. Bukti yang bahawa si 'Pokok' yang comot & kaku ini juge hidup. Juge punye 'jiwe' & rase untuk di cerite kongsi same-same.... 

Kan Ku Ceritakan Dengan Indah

Tapi. Jike takdir Illahi tidak berfirman begitu. Atau nanti-nanti si comot ini pergi yang tak kembali. Mogenye, seorang 'dia' yang arjuna beta ini. Akan terjumpe coretan ini. Kerane..di sini sebenarnye yang selalu ingin seorang aku ungkapkan. Yang selalu ingin seorang aku sampaikan. Cumenye, belum lagi. Masenye belum lagi. Untuk ketike yang ini.

Kan Ku Ceritakan Dengan Indah

Okeyyyyhhhh..that all lah untuk yang kali ni. Nanti-nanti akan di sambung lagi...
Salam sabtu..sayonara bye bye 🏃🏃🏃... 

Dyorang & 'KEUTAMAAN'

Suatu ketika...si comot yang c pemberangan pun ber'angan'lah..Katanye, kalau dy kaye, nak dibawanye c hijau pulang. Ye ! Pulang sekali dengannye ke rumah. Dengan hati yang berbunge-bunge,tertanamlah tekad di jiwe! :) 

Ye! Dy berangan.

Cume berangan.

Sebab,
Kerane...
Dyorang bukan siape-siape baginye
Cume dy suke
Yang terlalu suke katenye >,<
Bukan pun cinte
Cume suke
Untuk suke-suke

Katenye,
Bukan.
Bukan dyorang keutamaan.
Kan katenye bile dy kaye..
Bile dy kaye..
Itu pun kalau kaye 
Kalau tak, takkan dibawe dyorang ke rumahnye..

Ye!
Itu katenye..

Hey! Arjuna
Janganlah resah
Dyorang itu cume yang dy suke
Katenye lagi,
Cume buat teman ketike sorang-sorang di rumah
Buat bertumbok bile geram penuh di jiwe
Dan sekadar bahan lenyek-penyek cume..
Ye! Cume itu saje..

Sebab,
Kerane...
Baginye, suami tetap yang pertame
Yang utame
Walau tak kaye.. akan selalu ade,
Walau tak kaye.. akan selalu same-same
Kerane itu barulah cinte
Bukan cume suke-suke
Itu katenye

Cume, dyorang itu dy memang suke
Suke yang ter'uje' tiap kali bertentang mate
Ye! Dy memang suke!!!

Lagi pule,
Katenye,
Kan wanita itu sifatnye memang suke pada yang namenye perhiasan
Cumenye, tidaklah sampai cinte tidak terhingge
Itu bukan dy
Bukan dy..

Kate #rusydeeart blogger inspirasinye,
"Cinte kan tak semestinya memiliki, suke :) tak bermakna nak beli"...
Itu aje..
Itu aje..

Arjuna!
Kan kalau saye kaye.. 
'Kalau'.. :)
Actually..

Rabu, 16 September 2015

Kan Ku Ceritakan Dengan Indah

Haihhhh.....malam-malam macam ni tak boleh tidur pulak
Wahaiiiiiiiii mata....... Mengapalah? Mengapakah? . . .Mungkin nak suruh bertapa agaknya.
SoOokeyhh! Jadik, kita bertafakurlah di sinik yeerrr. :)

So, the tajuk of this tulisan, hape ek??? Jap selongkar hotak ku yang bijak ni..Okehhhh! dapat. Nak pilih yang ni dulu lahhhh.

Bismillahirramanirrahim....

KAN KU CERITAKAN DENGAN INDAH 

Seorang budak perempuan comot itu, ke sane ke marinya mesti dengan tudung senget-bengetnya, mesti dengan beg belakangnya yang macam budak sekolah darjah 1, yang mesti semua buku teks nak dibawanya, mesti dengan jubah besar gedebehnya, TAPI mesti dengan kasut sandle nya yang berupa lelaki punya pesen. Ya! Dialah budak perempuan comot itu. Memang comot pun. Kalau makan, tak sah LIFEnya kalau tak tercemarkan saki-baki toksik makanan minuman pada baju tudung yang dipakai. Ya! Budak perempuan comot itu. Ya! Dia. Dia. Dialah seorang 'AKU'. kihkih

Kan Ku Ceritakan Dengan Indah

Hairan.. Hairan sebenarnya. Budak perempuan comot itu hairan. Kerana dalam comotnya dia, Allah kirimkan seorang 'awak' yang sudi memandang si comot ini. Hairan.. Memang hairanlahhhh. 

Kan Ku Ceritakan dengan Indah

Budak perempuan comot itu sebenarnya, hatinya sudah tidak pernah lagi ingin berani dibuka kepada sesiapa. Bukan menolak yang namanya fitrah, tapi dia takut bhaaaa.....Ya! Dia memang takut nak bagik hatinya pada sesiape. Sebab dia belajar dari yang berada disekitar. Dari yang sedia ada berlegar-legar. Tapi itulah yang dia hairan. Hairan...

Kan Ku Ceritakan Dengan Indah

Seorang 'awak' yang Allah kirimkan. Memang dia tak pernah dugakan. Kenal pun tak pernah. Jumpa mungkin pernah. Terlimpas-limpas. Tapi kalau dah namanya tak kenal. Memang tak lahhhh nak amik kesah. Hahaaaa.

Kan Ku Ceritakan Dengan Indah

Hari-hari berganti minggu. Minggu-minggu berganti semester. Semester-semester bergantilah tahun pula. Rupa-rupanya, TUHAN punya takdir untuk 'kita'. hihiiii S.W.E.E.T. kan aturan-Nya.

Kan Ku Ceritakan Dengan Indah

Ayat pertama serasa seorang aku, begini bunyi nye. "Eh dah tunang ke? Ade cincin tu kat jari?" sapa suare seorang 'awak'. Tibe-tibe, jawapan yang hampir memang tak pernah aku bagik pada soalan sama pemilik tubuh lain terkeluar. Begini kata budak comot itu. "Errrr..takdelah, ni cincin mak." sambil terus berpaling dan beredar 'segan'.

Kan Ku Ceritakan Dengan Indah

Tapi ada pula dialog pertama serase seorang awak. Ketika meeting program di Dewan Canselor. Katanya, budak comot ini ada bersuare menegur kegatalan tangan seorang 'awak' yang sibuk menyentuh frame-frame gambar hiasan di dinding dewan itu. "Haaa ayoook! Kan dah nak jatuh. Tulah, tangan gatal lagi pegang-pegang." hahaa.. . ...Entahlah, seorang aku pun tak teringat. Ade ke? Ade ke berani budak comot tu sound orang sesuke hati dia. Hahaa.. Tapi tak mustahillah kan.. Sebab budak comot tu, mulutnya memang begitu. Cakap ikut hembusss saje. Tapi di hati tak terlintas ape pun. Ya! Dia memang begitu. 

Kan Ku Ceritakan Dengan Indah

Tadi..eh tadi pulak. Semalam, seorang aku terfikirkan. Apelah yang ade pada si budak comot ini? Apelah yang buat seorang 'awak' terlintas untuk melakar cerita 'kita'? Apelah ye agaknye? Tibe-tibe, sedang ber'wassep' dengan bestie belangkas ku si Anggerik Hutan yang penuh ceria itu, seorang aku adukan padanya, yang seorang aku ini bukankah tidak beza seperti sebatang 'KAYU'? Lalu dengan bijaksana dan bijaksininye bestie belangkasku itu. Jawabnye begini; "Hah! Siape cakap ko kayu? Ko 'POKOK'lah. Nampak je 'kaku' tapi HIDUP." hahaaaa :D . . .Siyesssss bijaksana dan bijaksini jawapan dia. Hahaaaa. Memang seorang aku tak pernah terfikirkan. Ha'ah kan? Ade betulnye kate bestie belangkasku itu. Ya! seorang aku, iaitu budak comot ini sudah mula faham. Sudah mula faham kenapa masih Allah takdir adanye cerita 'kita'. 


Kan Ku Ceritakan Dengan Indah

Will be continue.....
Kihkih sorreyyyyy. Katil seorang aku dah melambai-lambai. jadik. selamat malam yang dah pagi. hahaaa. sampai mase, aku sambung lagiii.

Assalamu'alaikum.
SAYONARA. Bye! Bye!

Ehhhhhh sebelum terlupe! "Selamat Hari MALAYSIA semua" :) :) :) 

Isnin, 14 September 2015

c Hijau

Cerita Tentang si *HIJAU* Yang Merajuk

Berkata yang selalu bersahaja
Bertingkah dengan yang apa adanya
Bergurau menjadi yang terbiasa
Itulah si hijau dengan pipi jambu penuh pesona

Kihkih

Tempoh hari,
Katanya, si hijau itu merajuk?

Ye. . . 'Dia' merajuk.

TAPI. . .

Bukanlah sebenarnya ingin dipujuk sangat
Bukanlah sebenarnya ingin perhatian hebat
Cuma ingin diberi tahu pada dunia jagat
Yang dia si hijau ini
Juga punya sekeping hati yang perlu di jaga
Juga punya rasa yang masih perlu ditimbang tara

Tak perlu diambil berat setiap saat
Tak perlu diberitakan setiap yang di buat
Dan
Tak perlu pun diceritakan tiap-tiap yang tersirat

Cukuplah
Jaga ikhtilat
Sama juga macam kita jaga aurat

Si hijau yang keras memang hambar dengan ayat-ayat cinta penuh nista
Si hijau yang keras memang tawar dengan gula-gula kata raih pesona

Bukan tidak suka
Bukan tidak di damba

Tapi masanya belum pun tiba
Redha-Nya belum bersama
Jangan ditempah murka dari-Nya

Hati yang luka akan terpujuk jua
Kerana si hijau keras masih punya JIWA
Jiwa yang berfikir dengan fitrah dewasa
Jiwa yang bertingkah lagak si bijaksana
Dan Jiwa yang takkan goyah selagi ada TUHANnya di Atas sana.

##Tiap apa yang mematah tegakmu
  Tiap yang menolak
  Tiap yang memijak henyak
  Biar di belakangmu
  Jangan di kenang
  Moga dibuang dendam & sayu
Tuhan jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati..
..fynn Jamal|Terbang tunduk..

Ok sudah.. :) 
Si hijau dah tak merajuk lagi
Hatinya itu terpujuk jua sendiri
Bila muhasabah diri ingat Illahi :)

Kerikir yang keras juga punya pahatnya untuk dibentuk

Juga berlekuk dengan hadirnya air
Juga terkesan dek biasan angin
Inikan sekeping hati si hijau yang kerdil :) 

Hey! Arjuna, hikmahlah dalam menangani si hijau. 

Nanti-nanti dia lentur jua.

Selasa, 8 September 2015

Hey! Seorang 'awak'!


Hey!!
Seorang ‘awak’ yang selalu saya fikirkan
Hari ni dengarnya awak ke Key EL untuk menguruskan segala urusan seripaduka baginda
Aicewahhhh ayaatttt..hahaaa
Seripaduka lah sangat, maksud saya urusan temuduga tentera
Itu je sebenaknya..kihkih
Ehh! That is not ‘itu je’ Ok!
For me, itu adalah satu sesuatu yang sangat sesuatu OK!
Kerana apa pun yang awak buat
Apa pun yang berlaku pada awak
That will be something for me.
And I will always luv to know
Always luv to care
But still…in my way * dengan cara saya
By the way, best of luck for you

Seorang aku dengan hati yang paling kering
Mungkin tak upaya nak cakap ‘awak jaga diri ea kat sana’Tapi dalam hati bertumbuk sakan nak meluahkan

Hahaaaa

Bukan

Bukan aku tak pernah cakapkan

Yang seorang aku, ada cara aku sendiri untuk ucapkan semua tu

Mungkin sekarang belum masanya

Mungkin sekarang seorang ‘awak’ takkan terfahamkan

Tapi seorang aku takkan berhenti berharap

Yang nanti-nanti seorang ‘awak’ dapat baca apa yang seorang aku tak terluahkan
Sebab seorang aku keras dari kerikir
Jati pun mungkin patah jika dibanting pada seorang aku
Ketika seluruh mereka boleh menangis melihat seorang ‘awak’ disisih suatu ketika
Seorang aku masih mampu tersenyum dan ada tawa bersisa
Bukan kerana seorang aku tidak hiba 
Bukan kerana seorang aku bersuka dengan bencana yang melanda pada hati seorang ‘awak’
Tapi kerana seorang aku masih berfikir 
Jika seorang aku juga membiarkan titis permata itu mengalir berduka bersama semue
Nescaya, 
Siapakah yang akan menjadi gula kepada situasi yang kelatnya mengalahkan kopi yang hitam pahit?
Siapakah yang akan menjadi susu kepada nescafee latte yang enak dibuat minum petang?
Dan siapakah yang akan menjadi penawar kepada duka yang terlukis pada seraut wajah seorang ‘awak’?
Seorang aku hanya ingin menjadi semua itu
Seorang aku hanya ingin menjadi penawar kepada luka itu
Walhal sebenarnya, luka pada hati jiwa seorang aku lebih parah melihatkan air mata seorang ‘awak’ tumpah
Tapi seorang aku harus lebih tegar pada ketika waktu dan detik itu
Seorang aku harus lebih sasa dari tentera yang berperang nyawa mempertahan negara
Kerana bahu seorang aku mungkin diperlu untuk menaruh kepala bersandar
Kerana semangat seorang aku mungkin diperlu untuk memulih luka terlakar

Ahhhhh lame pule bercerita tentang kisah lalu
Apa pun seorang aku hanya ingin sampaikan
Heyyyy! Seorang ‘awak’
Nanti
Jika ada luka di sana
Seorang aku sentiasa menanti untuk menjadi penawarnya di sini
Nanti
Jika ada lara di sana
Seorang aku sentiasa menanti untuk menjadi penawarnya di sini
Nanti
Jika ada sengsara di sana
Seorang aku MASIH sentiasa menanti untuk menjadi penawarnya di sini.


Ok that all...so nak pinjam lagu kaq Fynn lah mcam before,hehee
####Nyamanlah ARJUNA BETA 
    Mimpikan yang indah saja
    Nanti bila kau buka mata
    Semua tak serupa.... 

Hey! Seorang 'awak', faham tak Arjuna tu siapa? *ehmmm2..fikirlah sendiri ea. ;) 

S.W.E.E.T.

Aku bukan insan pujangga yang boleh meluah lata ayat-ayat cinta
Aku pun tak punya wang untuk menggula-gulakan kata
Apatah lagi jiwa sastera dengan madah penuh citra

'awak' wahai dia yang mungkin saja nanti akan jadi kekasih halal saya


Maafkanlah kerana saya tidak upaya untuk semua yang ter'nyata' di atas sana
Maafkanlah kerana memang hati ini mungkin kerasnya jauh lagi dari kerikir di batu cave jua
Maafkanlah kerana tingkah ini mungkin tidak menggambarkan apa yang dirasa


TAPI, itu semua tak bermakna saya tidak cinta

Bukan bagi saya cinta itu semestinya diluah dengan kata
Di tutur dengan tingkah penuh pesona

KERANA, bagi saya cinta itu jauh melebihi segala

Biarlah bahasa jiwa yang berbicara
Biarlah irama hati yang menarikan rentaknya
Biarlah rama-rama indah di dalam sana yang terbang berbahagia
Biarlah serindit hijau & murai batu ekor panjang yang berkicau ria
Biarlah........ Biarlah.........

Kerana saya tiada upaya.

Belum. 
Nanti.
Masanya belum lagi.

SABARLAH. Bila tiba masanya nanti, hati itu akan saya pujuk jua.
BECAUSE, I mind you. And I am not ignoring you. EVER. But in my way..*dengan cara saya :) 

####Buat apa dicerita bahgia kita rasa
    Biar tak dipercaya peduli orang kata
    Baju ronyok tak apa asal pakai selesa
    Berkilau tak bermakna kalau hati tak ada
Aku lagi bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senda
Aku mungkin keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua. . . . .

Ehhhhh.... Apa semua ni???
Tetibe fefeeling 150 juta kali pulak..hihii
Kononnnnn.. sorry akaq FynnJamal..Lagu ni best sangat..hanyuttt~~. >_<
Okaiiiiylah..btw, that all for today..
Assalamu'alaikum.w.b.t.