buat apa dicerita

buat apa dicerita
cerita bahagia

Selasa, 8 September 2015

S.W.E.E.T.

Aku bukan insan pujangga yang boleh meluah lata ayat-ayat cinta
Aku pun tak punya wang untuk menggula-gulakan kata
Apatah lagi jiwa sastera dengan madah penuh citra

'awak' wahai dia yang mungkin saja nanti akan jadi kekasih halal saya


Maafkanlah kerana saya tidak upaya untuk semua yang ter'nyata' di atas sana
Maafkanlah kerana memang hati ini mungkin kerasnya jauh lagi dari kerikir di batu cave jua
Maafkanlah kerana tingkah ini mungkin tidak menggambarkan apa yang dirasa


TAPI, itu semua tak bermakna saya tidak cinta

Bukan bagi saya cinta itu semestinya diluah dengan kata
Di tutur dengan tingkah penuh pesona

KERANA, bagi saya cinta itu jauh melebihi segala

Biarlah bahasa jiwa yang berbicara
Biarlah irama hati yang menarikan rentaknya
Biarlah rama-rama indah di dalam sana yang terbang berbahagia
Biarlah serindit hijau & murai batu ekor panjang yang berkicau ria
Biarlah........ Biarlah.........

Kerana saya tiada upaya.

Belum. 
Nanti.
Masanya belum lagi.

SABARLAH. Bila tiba masanya nanti, hati itu akan saya pujuk jua.
BECAUSE, I mind you. And I am not ignoring you. EVER. But in my way..*dengan cara saya :) 

####Buat apa dicerita bahgia kita rasa
    Biar tak dipercaya peduli orang kata
    Baju ronyok tak apa asal pakai selesa
    Berkilau tak bermakna kalau hati tak ada
Aku lagi bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senda
Aku mungkin keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua. . . . .

Ehhhhh.... Apa semua ni???
Tetibe fefeeling 150 juta kali pulak..hihii
Kononnnnn.. sorry akaq FynnJamal..Lagu ni best sangat..hanyuttt~~. >_<
Okaiiiiylah..btw, that all for today..
Assalamu'alaikum.w.b.t. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan