buat apa dicerita

buat apa dicerita
cerita bahagia

Jumaat, 25 September 2015

sesuatu YANG MASIH PERLU DIRAHSIAKAN...

Hey! Arjuna..
Today the story that I would like to tell you is about something that I should hiden from you till now..and till letter..till the date you are really be mine..be my husband...kihkih ;)

Aicehhhhh. Cakap omputeh pulak budak comot ni. Krik krik sangat kan.
Hahaaaa :)
Malu lahh kite nak cakap melayu..nanti Arjuna faham sangat... 

So bunyik nye begini...

Sesuatu YANG MASIH PERLU DIRAHSIAKAN...

Ketika para pencinta lain lalai mendayu-dayukan cinta
Saya masih tetap kaku kan
Ketika para kekasih lain alpa melagukan irama asmara
Saya memang masih tetap kaku kan
Ya! Saya memang kaku.
Kaku yang bukan kayu kata bestie belangkasku
Bukan kayu katanya.
Cuma pokok yang kaku.
Walhal hidup sebenarnya.
Bukan tak mahu.
Bukan tak nak laku.
Tapi yang sesuatu itu, masih perlu saya rahsiakan.
Untuk saat dan waktu ini.
Untuk sampai nanti.
Nanti yang mungkin belum pasti.
Tapi sentiasa dalam doa hari-hari.
Sentiasa ada ingin dalam hati.
Setiap kaku keras yang mengguris hati.
Maafkanlah wahai Arjuna...
Setiap kaku keras yang menggarit luka.
Maafkanlah wahai Arjuna...
Setiap kaku keras yang menghiris perasaan.
Maafkanlah wahai Arjuna...
Setiap kaku keras yang mencarik-carik emosi.
Maafkanlah wahai Arjuna...
Setiap kaku keras yang seperti tidak mengendahkan kamu & perasaan mu.
Maafkanlah wahai Arjuna...
Bukan tak suka.
Bukan tak cinta lah.
Bukan.
Itu semua... Kerana
Yang sesuatu itu masih perlu dirahsiakan. 
Memang masih perlu saya rahsiakan.
Nanti-nanti ya.
InsyaAllah. Nanti-nanti ya.
Tak janji. 
Tapi dengan izin-NYA yang tak pasti pun akan jadi.

Ohye, kelmarin..saya ke laut.. Pergi pantai maksud saya.. Dengan laskar-laskar pelangi saya yang tak cukup kuota sebab bestie belangkasku tak ada. Dy kerja yang tak cuti tyme raya. Tak mengapalah.. Apa yang ada kita raikan. So..pergilah dengan sepasang pengantin yang baru tak sampai seminggu majlisnya...iaitu abang bestie belangkasku itu. Alaaaah,kire macam abang ku jugaklah. Dalam hati...huhuiiii sweetnye melihat mereka berdua yang baru saje ingin bercinta yang Halal. Dalam hati yang jeles,mohon padaNYA banyak-banyak, moga nanti..ALLAH juga izin kita begitu. Moga nanti..yang sesuatu rahsia tersimpan ini akan ada detik seperti itu untuk dirungkai. InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah. Tangan kanan letak atas dada kiri. Tepuk-tepuk sikit sambil ucap pelan-pelan "insyaAllah.sabar...wahai hati..1langkah je lagi..nanti-nanti will be your turn pulak.." tersenyum pada diri sendiri :) insyaAllah.

Yang penting dan pastinya, 
Kini...
Yang sesuatu itu masih perlu dirahsikan lagi. :) ;) 
Yang ada ni. Saya usahakan dulu.
Moga nanti Allah bagi yang dihajati.
Niat kita baik.
InsyaAllah anugerahNYA juga pasti baik.

Oryte lahhhh...macam habis dah idea ni..hihiii

By the way, Salam AidilAdha yang masih belum berlalu habis..Moga dipertemukan pada Adha yang depan jua. insyaAllah. .. 
Assalamu'alaikum w.b.t. ;) LabbaikAllahu malabbaik..Labbaikalaa syari kala kalabbaik..


Sedikit memory yang terbina kelmarin.. Bersama jubah indah hadiah Arjuna(*pilihan adinda Ain Shafeenas :)..biar besar yang longgar..biar tebal menampakkan gempal..biar lebar yang nampak gemok besar..biar..biar..kataku biar..kerana yang sesuatu itu, MASIH PERLU DIRAHSIAKAN lagi.. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan