buat apa dicerita

buat apa dicerita
cerita bahagia

Selasa, 8 September 2015

Hey! Seorang 'awak'!


Hey!!
Seorang ‘awak’ yang selalu saya fikirkan
Hari ni dengarnya awak ke Key EL untuk menguruskan segala urusan seripaduka baginda
Aicewahhhh ayaatttt..hahaaa
Seripaduka lah sangat, maksud saya urusan temuduga tentera
Itu je sebenaknya..kihkih
Ehh! That is not ‘itu je’ Ok!
For me, itu adalah satu sesuatu yang sangat sesuatu OK!
Kerana apa pun yang awak buat
Apa pun yang berlaku pada awak
That will be something for me.
And I will always luv to know
Always luv to care
But still…in my way * dengan cara saya
By the way, best of luck for you

Seorang aku dengan hati yang paling kering
Mungkin tak upaya nak cakap ‘awak jaga diri ea kat sana’Tapi dalam hati bertumbuk sakan nak meluahkan

Hahaaaa

Bukan

Bukan aku tak pernah cakapkan

Yang seorang aku, ada cara aku sendiri untuk ucapkan semua tu

Mungkin sekarang belum masanya

Mungkin sekarang seorang ‘awak’ takkan terfahamkan

Tapi seorang aku takkan berhenti berharap

Yang nanti-nanti seorang ‘awak’ dapat baca apa yang seorang aku tak terluahkan
Sebab seorang aku keras dari kerikir
Jati pun mungkin patah jika dibanting pada seorang aku
Ketika seluruh mereka boleh menangis melihat seorang ‘awak’ disisih suatu ketika
Seorang aku masih mampu tersenyum dan ada tawa bersisa
Bukan kerana seorang aku tidak hiba 
Bukan kerana seorang aku bersuka dengan bencana yang melanda pada hati seorang ‘awak’
Tapi kerana seorang aku masih berfikir 
Jika seorang aku juga membiarkan titis permata itu mengalir berduka bersama semue
Nescaya, 
Siapakah yang akan menjadi gula kepada situasi yang kelatnya mengalahkan kopi yang hitam pahit?
Siapakah yang akan menjadi susu kepada nescafee latte yang enak dibuat minum petang?
Dan siapakah yang akan menjadi penawar kepada duka yang terlukis pada seraut wajah seorang ‘awak’?
Seorang aku hanya ingin menjadi semua itu
Seorang aku hanya ingin menjadi penawar kepada luka itu
Walhal sebenarnya, luka pada hati jiwa seorang aku lebih parah melihatkan air mata seorang ‘awak’ tumpah
Tapi seorang aku harus lebih tegar pada ketika waktu dan detik itu
Seorang aku harus lebih sasa dari tentera yang berperang nyawa mempertahan negara
Kerana bahu seorang aku mungkin diperlu untuk menaruh kepala bersandar
Kerana semangat seorang aku mungkin diperlu untuk memulih luka terlakar

Ahhhhh lame pule bercerita tentang kisah lalu
Apa pun seorang aku hanya ingin sampaikan
Heyyyy! Seorang ‘awak’
Nanti
Jika ada luka di sana
Seorang aku sentiasa menanti untuk menjadi penawarnya di sini
Nanti
Jika ada lara di sana
Seorang aku sentiasa menanti untuk menjadi penawarnya di sini
Nanti
Jika ada sengsara di sana
Seorang aku MASIH sentiasa menanti untuk menjadi penawarnya di sini.


Ok that all...so nak pinjam lagu kaq Fynn lah mcam before,hehee
####Nyamanlah ARJUNA BETA 
    Mimpikan yang indah saja
    Nanti bila kau buka mata
    Semua tak serupa.... 

Hey! Seorang 'awak', faham tak Arjuna tu siapa? *ehmmm2..fikirlah sendiri ea. ;) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan